Isnin, 28 Mei 2012
cameron highland-Sekolah Agama UTM.2012
rombongan sekolah ke Cameron Highland yang dianjurkan oleh Sekolah Agama UTM[Universiti Teknologi Malaysia]
Pada 25.5.2012 SAUTM telah mengadakan rombongan lawatan sambil belajar ke Cameron higland.Saya bertolak ke Cameron Higland pada pukul 10.00 malam.Sebelum bertolak ke sana,cikgu memberi taklimat dan memberikan sehelai baju kepada semua murid yg akan ke sana.Kami tiba di hentian R&R Tapah untuk kemaskan diri masing2.Selepas mengemas diri, saya dan rakan saya mencari bas yang kami naiki tadi.Setelah beberapa minit,kami masih tidak menjumpai bas tersebut dan kami rasa telahpun "SESAT"di kawasan tersebut....Kami terus mencari bas di tempat [parking] bas dan di sekeliling kawasan perhentian Tapah.Akhirnya barulah kami menjumpai bas....Rupa2nya pemandu bas tersebut pusing2 ke tempat lain.Kami berasa penat setelah mencari bas tersebut.kami sambung perjalanan menuju ke Cameron Higland pada pukul 7:20 pagi.Pada pukul 8:30 pagi,kami berhenti untuk sarapan bagi mengalas perut di Tanah Rata.selepas sarapan, kami melawat ke ladang Strawberry.Di sana terdapat banyak pokok-pokok strawberry.Di sana juga terdapat sebuah kedai strawberry. Pemandangan ladang strawberry memang cantik. Semasa di sana saya membeli aiskrim yogurt perisa strawberry yg diletakkan sos strawberry.Selepas makan kami melihat tanaman pokok2 bunga yg cantik. Di sana saya membeli pokok kaktus dan baja kepada ibu saya.selepas itu,kami bertolak di ladang Mardi.Di sana terdapat ladang tomato dan ladang labu air.Saya membeli baju yg berharga RM12.00.selepas puas melihat,kami pun meneruskan perjalanan untuk ke apartment di mana kami akan tinggal.Di sana x de kipas...tapi mlm2 sejuk gilerrrr!!!!!.Pada pukul 6.00 petang,kami bertolak ke pasar malam BRINCHANG.Di[PMB]terdapat banyak barang yg dijual.Kat sane beli mcm BORONG SAKAN pulak.....hehehehehe.tapi harge baju kat sane lagi mahal.untung la(cashier)tuuuuu.pada hari terakhir,kami ke kilang ladang teh.saya dapat mengambil gambar mesin tersebut.Di sana juga saya dapat merasa air teh ais percuma.Sekali minum memang OK tapi minum 2x nak pening dah...ketika dlm perjalanan tersebut kami yg berada di dalam bas terase B O R I N G ...TAPI mase bertolak tu rase cam jauh la pulak. TAMAT
Langgan:
Catatan (Atom)